PENCULIKAN ANAK PEMIMPIN SEBUAH NEGARA (20 JUN 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.
Pada 20 Jun 2017, aku bermimpi melihat sebuah istana besar, dan di
sana sedang diadakan sebuah acara, oleh pemimpin negara itu.
Ada ramai orang hadir dalam acara itu, dan aku dapati aku pun
menghadiri acara itu.
Tiba-tiba ada sesuatu berlaku, beberapa orang datang dan menembak
secara terbuka. Dalam keadaan huru hara, orang-orang berlari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri masing-masing.
Kemudian pengawal istana melawan dan menghentikan orang-orang itu.
Ketika keaadan kembali pulih sedikit, satu orang memanggil nama pemimpin negara
dan mengatakan bahwa puteranya telah terbunuh.
Berita ini tersebar di seluruh istana. Orang ramai mula mengatakan,
bahawa putera pemimpin telah terbunuh, tetapi tidak ada yang menjumpai
jasadnya.
Ketika pemimpin negara itu mengetahui tentang tragedi ini, dia menjadi
marah dan dia bersumpah untuk membalas kematian puteranya dan menghukum
penjenayah-penjenayah itu.
Berita tentang kematian puteranya tersebar ke seluruh dunia. Beberapa
orang mula mengandai, bahawa keadaan ini akan menjadi bertambah buruk, kerana
ini bukan kejadian biasa.
Pemimpin itu menghabiskan banyak kerahan dan sumber tenaga untuk
mencari tahu di mana para penjenayahnya.
Banyak serbuan dilakukan dan jika mereka ada walau sedikit keraguan
dengan sesuatu kawasan, maka pasukan itu akan menghancurkan kawasan itu.
Situasi semakin memburuk dan huru hara terus tersebar.
Karena kejadian ini, banyak negara lain tertimpa kesian yang besar,
sehingga Pakistan pun terkesan oleh kejadian tragik ini.
Setelah melihat semua ini aku berkata pada diri sendiri "ini
adalah situasi yang sangat buruk dan jika terus seperti ini maka semuanya akan
kacau bilau".
Untuk memahami situasi ini dengan lebih baik, aku pun pergi ke satu
tempat.
Ketika aku sampai di sana, aku melihat sebuah bangunan menara, dan aku
melihat beberapa orang ada di sana.
Mereka keluar dari bangunan, dan tiba-tiba sekumpulan orang lain
menembak ke arah mereka, dan mereka juga melawan dengan perbuatan yang sama.
Aku bersembunyi di satu tempat, dan selepas beberapa lama, hampir
semua orang mati kerana berbalas tembakan.
Aku keluar dan berkata pada diriku, "mesti ada sesuatu di dalam
bangunan ini, kenapa mereka ini bersembunyi di dalamnya."
Seorang lelaki yang terluka berkata kepada aku, "Ada seorang
lelaki di dalam bangunan ini, pergi, dan tolong dia kerana ada beberapa orang
ingin membunuhnya".
Aku pun masuk ke dalam bangunan, dan setelah berjalan selama beberapa
lama aku sampai di tingkat atas bangunan, dan aku menjumpai seorang lelaki yang
terluka terbaring di sana.
Ketika aku mendekat, aku terkejut, kerana aku melihat bahawa dia
adalah putera pemimpin negara itu, dan dia masih hidup.
Aku terfikir bahwa "Orang-orang berkata dia telah mati, sedangkan
dia masih hidup tetapi sekarang sudah terlambat." Aku berkata kepadanya
"Orang-orang menyangka kamu telah mati tetapi kamu masih hidup!"
Dia berkata kepadaku, "Beberapa orang menculikku, tetapi ada
beberapa orang yang lain menjumpaiku dan mereka menyelamatkanku dan membawaku
ke sini dan sejak itu aku bersembunyi di sini."
Aku berkata kepada diri sendiri bahawa "Dia tidak sedar bahwa
orang-orang yang menyelamatkan hidupnya dan membawanya ke sini semuanya telah
mati sekarang."
Aku memberinya beberapa makanan dan bantuan perubatan dan aku
merancang untuk membawanya keluar dari sini. Dan mimpi pun berakhir.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
30 Mei 2018: Pangeran Arab Saudi Muhammed Bin Salman Tewas Tertembak? Kerajaan Unggah Foto. .
ReplyDeletehttps://medan.tribunnews.com/2018/05/30/pangeran-arab-saudi-muhammed-bin-salman-tewas-tertembak-kerajaan-unggah-foto