RANCANGAN USA AGAR INDIA MENGAWAL PAKISTAN (21 DISEMBER 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

pada 21 Disember, 2017. Aku mendengar berita bahawa US akan membuat beberapa pengumuman besar. Aku fikir bahawa,"Ini mungkin berkaitan dengan Palestin".

 

Kemudian aku berkata bahawa, "Pengumuman ini boleh jadi sangat penting dan aku mesti pergi ke sana dan mengambil tahu kerana ini boleh jadi sangat penting untuk keselamatan umat Islam.

 

Kemudian aku duduk di atas jentera jenis pesawat dan pergi ke sana, Presiden US sedang duduk di tempat semacam pejabat dan beberapa orang lain juga duduk di sana. Aku juga masuk ke dalam dan tiada siapa yang sedar.

 

Kemudian tiba-tiba Presiden US berdiri dan ada kertas di tangannya dan dia berkata "Hai Hind (Hi India)". 

 

Aku berkata, "Kenapa dia berkata begitu?"

 

Kemudian Presiden US menunjukkan kertas itu kepada semua orang dan aku terkejut apabila melihat kertas itu, terdapat peta Pakistan dan India di atasnya dengan warna yang sama dan kemudian Presiden A.S. berkata bahawa, "Sekarang Pakistan akan dikuasai oleh India".

 

Dan dia menandatangani peta itu dan ketawa dengan kuat dan menunjukkan peta itu selepas menandatanganinya, dan terus ketawa bahawa kini India akan menguasai Pakistan.

 

Apabila melihat ini, aku memegang kepala aku kerana terkejut dan berkata "Oh tidak".

 

Aku menyedari rupanya dia berkata, "Hail India" dan bukannya "Hai india". Aku terkejut dan tidak percaya dengan rancangannya, dan balik berlari.

 

Aku memberitahu rakyat Pakistan bahawa presiden US telah membuat rancangan untuk Pakistan selepas Palestin, maka bangunlah dan selamatkan negara ini.

 

Mereka berkata bahawa, "Qasim rancangan sedemikian telah dibuat terhadap Pakistan sebelum ini tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku dan Pakistan masih berdiri di sini, dan tentera kita juga sangat kuat dan tidak ada siapa pun yang berani untuk mempertimbangkan untuk mencabar Pakistan, dan kita telah mengalahkan India berkali-kali sebelum ini.

 

"Aku berkata, "Ya, tapi kita tak boleh meremehkan kuasa zalim ini dan kali ini India mempunyai pasukan lain juga, tidakkah kamu semua ingat bahawa orang Islam berfikir yang sama di dalam Perang Uhud, iaitu mereka pada mulanya menyangka mereka telah memenangi pertempuran dan tiba-tiba mereka tidak berjaga-jaga, kemudian keadaan berubah dan umat Islam mengalami kerugian besar.

 

"Kita tidak sepatutnya memandang rendah pada musuh kita, kerana mereka merancang, kita juga mesti merancang untuk menyelamatkan negara kita".

 

Kemudian aku pergi ke arah lain, dalam perjalanan aku melihat ada beberapa burung terbang di langit.

 

Aku berkata, "Apakah jenis burung ini?" Apabila aku melihat dengan teliti, rupanya itu bukan burung tetapi pesawat beberapa pasukan yang terbang pada ketinggian yang sangat tinggi.

 

Aku menjadi bimbang apabila melihat pesawat yang tidak dikenali terbang di ruang udara Pakistan.

 

Kemudian aku pergi ke beberapa bangunan besar dan bertemu beberapa orang di sana dan memberitahu mereka dan mereka juga berkata, "Tentera Pakistan akan menjaganya, jangan risau".

 

Aku berkata, "Berapa banyak kerja yang akan dilakukan oleh Tentera Pakistan? adakah mereka bertanggungjawab atas segalanya? dan kamu orang awam tidak bertanggungjawab untuk apa-apa".

 

Aku berkata, "Tentera sedang melakukan semua yang boleh tetapi disebabkan kekurangan dana mereka tidak dapat mempertahankan di mana-mana, menyebabkan banyak tempat terdedah dan Pakistan juga kehilangan wang, Tentera tidak dapat berjuang tanpa dana.

 

Kemudian aku berjalan pergi dari sana dan pulang ke rumah dan mula berfikir bahawa "Semua orang ini sedang tidur, bagaimana rancangan mereka dapat dihentikan daripada diselesaikan?"

 

Dan mimpi itu berakhir di sana.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

  1. Februari 2019: Trump Lebih Banyak Turun Tangan dalam Konflik India-Pakistan Dibandingkan
    dengan Pendahulunya
    https://www.axios.com/trump-more-hands-off-than-predecessors-on-india-pakistan-conflict-8a5637da-0682-419f-8e84-791370bfe332.html

    Februari 2019: Amerika Mendukung India Mempertahankan Diri dari Pakistan
    https://thehill.com/opinion/international/432031-better-late-than-never-us-comes-to-its-senses-on-india-pakistan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)