RANCANGAN USA AGAR INDIA MENGAWAL PAKISTAN (21 DISEMBER 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
pada 21 Disember, 2017. Aku mendengar berita bahawa US akan membuat
beberapa pengumuman besar. Aku fikir bahawa,"Ini mungkin berkaitan dengan
Palestin".
Kemudian aku berkata bahawa, "Pengumuman ini boleh jadi sangat
penting dan aku mesti pergi ke sana dan mengambil tahu kerana ini boleh jadi
sangat penting untuk keselamatan umat Islam.
Kemudian aku duduk di atas jentera jenis pesawat dan pergi ke sana,
Presiden US sedang duduk di tempat semacam pejabat dan beberapa orang lain juga
duduk di sana. Aku juga masuk ke dalam dan tiada siapa yang sedar.
Kemudian tiba-tiba Presiden US berdiri dan ada kertas di tangannya dan
dia berkata "Hai Hind (Hi India)".
Aku berkata, "Kenapa dia berkata begitu?"
Kemudian Presiden US menunjukkan kertas itu kepada semua orang dan aku
terkejut apabila melihat kertas itu, terdapat peta Pakistan dan India di
atasnya dengan warna yang sama dan kemudian Presiden A.S. berkata bahawa,
"Sekarang Pakistan akan dikuasai oleh India".
Dan dia menandatangani peta itu dan ketawa dengan kuat dan menunjukkan
peta itu selepas menandatanganinya, dan terus ketawa bahawa kini India akan
menguasai Pakistan.
Apabila melihat ini, aku memegang kepala aku kerana terkejut dan
berkata "Oh tidak".
Aku menyedari rupanya dia berkata, "Hail India" dan bukannya
"Hai india". Aku terkejut dan tidak percaya dengan rancangannya, dan
balik berlari.
Aku memberitahu rakyat Pakistan bahawa presiden US telah membuat
rancangan untuk Pakistan selepas Palestin, maka bangunlah dan selamatkan negara
ini.
Mereka berkata bahawa, "Qasim rancangan sedemikian telah dibuat
terhadap Pakistan sebelum ini tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku dan
Pakistan masih berdiri di sini, dan tentera kita juga sangat kuat dan tidak ada
siapa pun yang berani untuk mempertimbangkan untuk mencabar Pakistan, dan kita
telah mengalahkan India berkali-kali sebelum ini.
"Aku berkata, "Ya, tapi kita tak boleh meremehkan kuasa
zalim ini dan kali ini India mempunyai pasukan lain juga, tidakkah kamu semua
ingat bahawa orang Islam berfikir yang sama di dalam Perang Uhud, iaitu mereka
pada mulanya menyangka mereka telah memenangi pertempuran dan tiba-tiba mereka
tidak berjaga-jaga, kemudian keadaan berubah dan umat Islam mengalami kerugian
besar.
"Kita tidak sepatutnya memandang rendah pada musuh kita, kerana
mereka merancang, kita juga mesti merancang untuk menyelamatkan negara
kita".
Kemudian aku pergi ke arah lain, dalam perjalanan aku melihat ada
beberapa burung terbang di langit.
Aku berkata, "Apakah jenis burung ini?" Apabila aku melihat
dengan teliti, rupanya itu bukan burung tetapi pesawat beberapa pasukan yang
terbang pada ketinggian yang sangat tinggi.
Aku menjadi bimbang apabila melihat pesawat yang tidak dikenali
terbang di ruang udara Pakistan.
Kemudian aku pergi ke beberapa bangunan besar dan bertemu beberapa
orang di sana dan memberitahu mereka dan mereka juga berkata, "Tentera
Pakistan akan menjaganya, jangan risau".
Aku berkata, "Berapa banyak kerja yang akan dilakukan oleh Tentera
Pakistan? adakah mereka bertanggungjawab atas segalanya? dan kamu orang awam
tidak bertanggungjawab untuk apa-apa".
Aku berkata, "Tentera sedang melakukan semua yang boleh tetapi
disebabkan kekurangan dana mereka tidak dapat mempertahankan di mana-mana,
menyebabkan banyak tempat terdedah dan Pakistan juga kehilangan wang, Tentera
tidak dapat berjuang tanpa dana.
Kemudian aku berjalan pergi dari sana dan pulang ke rumah dan mula
berfikir bahawa "Semua orang ini sedang tidur, bagaimana rancangan mereka
dapat dihentikan daripada diselesaikan?"
Dan mimpi itu berakhir di sana.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Februari 2019: Trump Lebih Banyak Turun Tangan dalam Konflik India-Pakistan Dibandingkan
ReplyDeletedengan Pendahulunya
https://www.axios.com/trump-more-hands-off-than-predecessors-on-india-pakistan-conflict-8a5637da-0682-419f-8e84-791370bfe332.html
Februari 2019: Amerika Mendukung India Mempertahankan Diri dari Pakistan
https://thehill.com/opinion/international/432031-better-late-than-never-us-comes-to-its-senses-on-india-pakistan