TIGA MENARA ISLAM | KERUNTUHAN TURKI & ARAB SAUDI (22 JANUARI 2017)
TIGA MENARA ISLAM |
KERUNTUHAN TURKI & ARAB SAUDI
22 JANUARI 2017
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Di dalam sebuah mimpi 22 Januari 2017, Qasim melihat semua negara
memiliki bangunan masing-masing, semakin besar satu negara itu, semakin besar
bangunannya.
USA memiliki bangunan terbesar, kemudian Rusia yang kedua.
Negara-negara muslim tidak memiliki bangunan tetapi memiliki
menara-menara putih dan aku hanya melihat ada tiga menara putih. Dua menara
berdekatan, tetapi yang ketiga agak jauh.
Menara yang pertama ada bendera Turki, dan lebih besar dari dua menara
yang lain. Pada menara kedua yang terletak di sebelahnya ada bendera Arab
Saudi, dan pada menara yang jauh itu ada bendera Pakistan.
Berdekatan dengan menara Pakistan ada dua bangunan yang di atasnya ada
bendera China dan India.
Kemudian aku melihat beberapa pemimpin bukan Islam sedang merangka
rancangan. Mereka berkata antara satu sama lain, “Kita adalah pemilik bangunan
terbaik dan kita memberikan kebebasan.
Tetapi orang-orang Islam mempunyai menara-menara dan mereka percaya pada
Tuhan Yang Satu namanya Allah, dan mereka tidak menyembah tuhan-tuhan kita dan
menara-menara mereka juga telah menghancurkan kedamaian dan keindahan dunia.”
“Jika kita hancurkan tiga menara ini maka nanti bangunan-bangunan kita
akan kekal selamanya, dan Islam akan musnah semuanya, kemudian seluruh dunia
akan menjadi satu suara.
Akhirnya umat Islam akan menerima tuhan-tuhan kita, dan jika mereka
tidak mahu, kita akan bunuh mereka. Kemudian kita akan menguasai seluruh dunia
dan kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahu.”
Setelah mendengar rancangan licik mereka, aku menjadi terkejut dan
bimbang.
Kemudian aku melihat mereka
menghancurkan menara Turki daripada bawahnya dan ia mula jatuh. Dan masyarakat
Turki malah tidak sedar langsung tentangnya.
Bangunan Russia ada di sebelahnya, apabila menara Turki mula jatuh,
bangunan Russia membantunya dengan tali-tali untuk menghalang menara Turki dari
runtuh.
Russia ada kepentingan tersendiri dalam perkara ini. Tetapi rakyat dan
kerajaan Turki tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan menara mereka.
Mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana menara itu terlalu besar dan
asasnya telah rosak semuanya. Sekarang ia tidak jatuh hanya kerana bantuan
tali-tali dari Russia.
Kemudian kuasa jahat mula menghancurkan tali-tali Russia itu dan
kemudian mereka bergerak ke arah menara kedua (Arab Saudi).
Selepas melihat semua ini, aku berkata, “orang-orang jahat itu telah
berbuat begitu banyak untuk menjayakan rancangan mereka dan kita, umat Islam,
masih di dalam tidur yang lena.
Kita tidak melakukan apa apa pun untuk mempertahankan ketiga-tiga
menara itu, dan kita tidak melakukan apa apa pun untuk menyelamatkan Islam.
Jika menara pertama telah hancur maka menara kedua juga tidak akan
selamat, dan menara ketiga akan tinggal satu-satunya menara.
Jadi bagaimana menara ketiga ini boleh berperang melawan ratusan
bangunan-bangunan itu sendirian?”
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
ReplyDeleteLihat:-
12 Ogos 2018: Turki Jadi Target Perang Ekonomi AS dan Negara Lain https://www.liputan6.com/global/read/3616856/presiden-erdogan-turki-jadi-target-perang-ekonomi-as-dan-negara-lain
15 Ogos 2018: Rusia Membantu Turki mengatai Krisis Lira
https://investasi.kontan.co.id/news/rusia-jajaki-transaksi-perdagangan-tanpa-dollar-as-dengan-turki