TIGA MENARA ISLAM | KERUNTUHAN TURKI & ARAB SAUDI (22 JANUARI 2017)

 

TIGA MENARA ISLAM | KERUNTUHAN TURKI & ARAB SAUDI

22 JANUARI 2017

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Di dalam sebuah mimpi 22 Januari 2017, Qasim melihat semua negara memiliki bangunan masing-masing, semakin besar satu negara itu, semakin besar bangunannya.

 

USA memiliki bangunan terbesar, kemudian Rusia yang kedua.

 

Negara-negara muslim tidak memiliki bangunan tetapi memiliki menara-menara putih dan aku hanya melihat ada tiga menara putih. Dua menara berdekatan, tetapi yang ketiga agak jauh.

 

Menara yang pertama ada bendera Turki, dan lebih besar dari dua menara yang lain. Pada menara kedua yang terletak di sebelahnya ada bendera Arab Saudi, dan pada menara yang jauh itu ada bendera Pakistan.

 

Berdekatan dengan menara Pakistan ada dua bangunan yang di atasnya ada bendera China dan India.

 

Kemudian aku melihat beberapa pemimpin bukan Islam sedang merangka rancangan. Mereka berkata antara satu sama lain, “Kita adalah pemilik bangunan terbaik dan kita memberikan kebebasan.

 

Tetapi orang-orang Islam mempunyai menara-menara dan mereka percaya pada Tuhan Yang Satu namanya Allah, dan mereka tidak menyembah tuhan-tuhan kita dan menara-menara mereka juga telah menghancurkan kedamaian dan keindahan dunia.”

 

“Jika kita hancurkan tiga menara ini maka nanti bangunan-bangunan kita akan kekal selamanya, dan Islam akan musnah semuanya, kemudian seluruh dunia akan menjadi satu suara.

 

Akhirnya umat Islam akan menerima tuhan-tuhan kita, dan jika mereka tidak mahu, kita akan bunuh mereka. Kemudian kita akan menguasai seluruh dunia dan kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahu.”

 

Setelah mendengar rancangan licik mereka, aku menjadi terkejut dan bimbang.

 

 Kemudian aku melihat mereka menghancurkan menara Turki daripada bawahnya dan ia mula jatuh. Dan masyarakat Turki malah tidak sedar langsung tentangnya.

 

Bangunan Russia ada di sebelahnya, apabila menara Turki mula jatuh, bangunan Russia membantunya dengan tali-tali untuk menghalang menara Turki dari runtuh.

 

Russia ada kepentingan tersendiri dalam perkara ini. Tetapi rakyat dan kerajaan Turki tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan menara mereka.

 

Mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana menara itu terlalu besar dan asasnya telah rosak semuanya. Sekarang ia tidak jatuh hanya kerana bantuan tali-tali dari Russia.

 

Kemudian kuasa jahat mula menghancurkan tali-tali Russia itu dan kemudian mereka bergerak ke arah menara kedua (Arab Saudi).

 

Selepas melihat semua ini, aku berkata, “orang-orang jahat itu telah berbuat begitu banyak untuk menjayakan rancangan mereka dan kita, umat Islam, masih di dalam tidur yang lena.

 

Kita tidak melakukan apa apa pun untuk mempertahankan ketiga-tiga menara itu, dan kita tidak melakukan apa apa pun untuk menyelamatkan Islam.

 

Jika menara pertama telah hancur maka menara kedua juga tidak akan selamat, dan menara ketiga akan tinggal satu-satunya menara.

 

Jadi bagaimana menara ketiga ini boleh berperang melawan ratusan bangunan-bangunan itu sendirian?”

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments


  1. Lihat:-
    12 Ogos 2018: Turki Jadi Target Perang Ekonomi AS dan Negara Lain https://www.liputan6.com/global/read/3616856/presiden-erdogan-turki-jadi-target-perang-ekonomi-as-dan-negara-lain

    15 Ogos 2018: Rusia Membantu Turki mengatai Krisis Lira
    https://investasi.kontan.co.id/news/rusia-jajaki-transaksi-perdagangan-tanpa-dollar-as-dengan-turki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)