TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Pada 16 Februari 2017, di dalam mimpi ini Muhammad Qasim melihat
bahawa dia berada di Rumah Putih. Aku sedang berdiri di depan dan melihat Rumah
Putih itu bagaimana ia dibina. Aku kagum dengan cara ia dibina.
Kemudian aku masuk ke dalam, dan aku melalui sebuah dewan dan tiba di
sebuah pintu. Aku masuk melalui pintu itu dan melihat ada dua orang yang sedang
berbual.
Seorang darinya memohon kepada seorang lagi untuk jadikan dirinya
sebagai adiknya.
Lelaki yang memohon itu berkata, “Aku akan mematuhi semua perintah
kau. Aku akan melakukan apa sahaja yang kau kata.
Lihatlah ini! Aku telah melakukan kehancuran di Kashmir, seperti yang
telah dilakukan Israel di Palestin. Dan aku lakukan ini semua hanya untuk
membuat kau gembira.”
Lelaki kedua itu tersenyum dan berkata, “Engkau telah mendapatkan
tempatmu sebagai adikku.” Lelaki pertama menjadi sangat gembira dan berkata, “Aku tidak akan
pernah mengecewakan abangku.”
Ketika aku melihat ini, aku menjadi hairan melihat dua orang ini yang
tiba-tiba menjadi adik-beradik.
Kemudian abang itu meninggalkan ruangan itu dan aku mengintai ke dalam
untuk melihat siapa yang telah menjadi adiknya itu. Aku melihat bahawa dia
adalah Perdana Menteri India.
Dia sedang sangat gembira kerana keinginannya tercapai. Aku pun
terkejut bahawa dia telah menjadi adik kepada Presiden Amerika. Dan sekarang
mereka akan membuat kehancuran bersama-sama.
Kemudian aku mengikuti Presiden Amerika di mana dia sedang bercakap
dengan orang lain. Orang itu adalah Perdana Menteri Israel.
Dia berkata bahawa, “Kita telah mendapat seorang adik yang akan
melakukan apa sahaja yang kita katakan.
Lihatlah pekerjaan yang telah dia lakukan, dia telah melalui jalan
yang serupa seperti jalan yang kau ambil.” Kemudian mereka berdua tersenyum dan
berkata, “Hari itu akan tiba tak lama lagi, di mana kita akan berkuasa di
seluruh dunia.”
Perdana Menteri Israel berkata, “Aku ingin berjumpa dengan adik kau
itu.”
Kemudian mereka berdua keluar dari bilik itu dan aku melihat Presiden
Amerika bercakap-cakap dengan Perdana Menteri Israel itu.
Kemudian mereka berdua masuk ke satu dewan, dan Presiden Amerika
memanggil Perdana Menteri India dengan berkata, "Keluarlah, kau tak perlu
bersembunyi dari sesiapa, sekarang kita akan laksanakan misi kita
bersama-sama".
Kemudian mereka bertiga berjabat tangan dan berkata, “Sekarang kita
pasti akan berjaya menghancurkan umat Islam.”
Setelah melihat semua ini aku berkata, “orang-orang muslim masih tidur
dan kuasa jahat mengusahakan rancangan mereka siang dan malam, dan mereka semua
bersatu, dan kaum muslimin tak lama lagi akan menghadapi keadaan yang terburuk
dan Pakistan juga akan menderita.”
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
4 Juli 2017: Perdana Menteri India Narendra Modi melakukan kunjungan pertama kalinya ke Israel
ReplyDeletehttps://www.republika.co.id/berita/internasional/global/17/07/04/oskm9r368-pm-india-lakukan-kunjungan-perdananya-ke-Israel